Followers

Friday, 5 August 2022

Solo Ride ke Perak.

Isnin 27 Disember 2021

Takde plan pun nak ride ke Perak hari ni, tengah lepak2 kat mamak sambil sarapan pagi tetiba terlintas nak ride ke Perak. Kalau diikutkan plan solo ride ke Perak pada 13 Disember 2021 tapi memandangkan hujan lebat plan tu kensel.
Arini bertolak pukul 10.00 pagi dari Sri Damansara terus masuk highway PLUS. Maintain 90-100km/j. Sampai di Tapah pukul 12.10 tghari. Berhenti makan tengahri di Pit Stop Route 59 Restoran Melayu Tapah. Masak lemak cili api kat kedai ni sedap.
Solat jamak kat Masjid Tapah sebelum teruskan perjalanan.
Bermula dari Tapah dah start ride jalan kampung, takde masuk highway lagi dah ke Kuala Kangsar. Aku tiba di Kuala Kangsar jam 5.40 petang. Lepak jap kat tepi sungai Kuala Kangsar bersebelahan Masjid Ubaidiah sambil tengok orang mancing ikan. Sempat laa berkenalan dengan seorang pakcik kat sana yg memang suka ride solo jugak.
Berceritalah kami tentang ride & nostalgia Kuala Kangsar. Orang lama beb.....otai masih berbisa. Selesai solat, jam 8.45 malam aku bertolak balik semula ke Sri Damansara. Time balik 100% lalu highwa PLUS. Sepanjang perjalanan highway memang sibuk, lori plak semua laju2...seram sejuk je rasa.
Alhamdulillah tepat 1.00 pagi aku selamat sampai di Sri Damansara.
Ni antara route yang aku lalu sepanjang solo ride ke Perak Isnin 27 Disember 2021.
Sri Damansara ke Tapah - PLUS Highway.
Restoran Melayu Tapah ke Taman Tasik Temoh - jalan kampung 11.2KM
Taman Tasik Temoh ke Kampar - jalan kampung 10.3KM
Kampar ke Gua Tempurung (Gopeng) - jalan kampung 15.9KM
Gua Tempurung (Gopeng) ke Kellies Castle (Batu Gajah) - jalan kampung 21.4KM. Singgah minum di Pit Stop Route A8
Kellies Castle (Batu Gajah) ke Parit - jalan kampung 24.4KM
Parit ke Masjid Ubaidiah (Kuala Kangsar) - jalan kampung 46.3KM
Ikutkan hati nk ke Taiping & Ipoh tapi masa macam dah tak cukup, ride sampai Kuala Kangsar je. 🤭










 

No comments:

Post a Comment

Solo ride & camping di Bagan Lalang Sepang

  Ride & Camping Pantai Bagan Lalang arini 3 sept 2022 wife keje, ank2 sibuk dgn aktiviti masing2 aku tak tau pe nk buat mggu ni kemas s...