Followers

Friday, 5 August 2022

Solo Ride Ke Jerantut Pahang.

Sabtu 18 Jun 2022
Solo Ride ke Jerantut melalui jalan negeri (jalan dalam)
8.00am aku bertolak dari Bandar Sri Damansara melalui Selayang ~ Hulu Yam ~ Batang Kali ~ Goh Tong...masa ni rasa nak terus ke Genting Highland tapi pikir balik risau tak cukup masa .. lepas tu aku turun masuk highway Karak jap lepas tu masuk
Bukit Tinggi guna jalan kampung
Aku terus ke Bentong ..jalan teruk gila weiii hingga sampai ke Mempaga terus masuk ke laluan Felda Lakum
Aku teruskan lagi hingga sampai ke Pekan Lanchang.
12.10pm aku sampai di Temerloh. Rehat makan tengahari pastu solat zuhur.
2.00pm aku plan nak ke Tasik Bera. On google maps aku terus ride ke Tasik Bera melalui Kuala Kurau ~ Jengka 25 masuk plak Jengka 24. Lepas Jengka 24 google maps kata dh sampai Tasik Bera tapi aku tak nampak pun Tasik Bera tu.
Aku tanya orang kampung. Orang kampung kata Tasik Bera dekat Temerloh..so aku kena patah balik.
Dah laaa 2 jam aku ride dari Temerloh ke Jengka 24 takan aku nak patah balik ke Temerloh
Sekarang google maps dah reti tipu aku...jilake
Jarak Jengka 24 ke Jerantut cuma 36km...aku pun terus ride ke Jerantut. Dipertengahan jalan singgah Makam Pahlawan Melayu Allahyarham Mat Kilau. Singgah jap sedekah baca beberapa surah sedekahkan pada Allahyarham.
3.30pm aku bergerak ke Jerantut.
3.50pm sampai di Jerantut Pahang.
Solat jap di Masjid Jerantut pastu pukul 5.00pm bergerak balik KL melalui LPT. Tapi nak sampai LPT kena patah balik ke Temerloh. Mungkin aku salah jalan kot.
6.45 sampai di Lanchang. Makan solat.
7.40 sambung ride
8.15mlm hujan lebat sebelum Tol Gombak...redah hujan sampai Bandar Sri Damansara.











 

No comments:

Post a Comment

Solo ride & camping di Bagan Lalang Sepang

  Ride & Camping Pantai Bagan Lalang arini 3 sept 2022 wife keje, ank2 sibuk dgn aktiviti masing2 aku tak tau pe nk buat mggu ni kemas s...