Followers

Sunday, 28 August 2022

couple ride to Cameron Highland

 sabtu 27 Ogos 2022

Couple Ride.
Plan asal aku nak solo ride jelajah Johor. Kebetulan wife aku cuti hari ni terus dia ajak ride ke Cameron Highlands.
Aku dah mula serba salah...takan nak kensel plan aku yang beberapa kali dah tertangguh. Tapi aku pikir balik walaupun beras aku beli tapi yang masak nasi tu bini aku.
Aku kensel nak solo ride ke Johor aku couple ride ke Cameron Highlands.
Biasanya aku ride lalu jalan dalam tapi kali ni aku ride 100% guna highway sebab risau bini aku penat & tengok forecast pun nampak cuaca tak berapa elok.
So bermula laa trip kami.
7.00am sarapan dulu kat Sri Damansara KL kedai tak jauh dari rumah.
7.40am mula ride
8.30am tiba di R&R Tg Malim - Rehat 15 minit
9.30am tiba di R&R Tapah - Rehat hampir sejam topup petrol makan minum betulkan urat saraf 🫢
11.05am tiba di exit Simpang Pulai terus panjat Cameron Highlands hujan dah rintik2
12.00 tghari tiba di Kg Raja hujan renyai2 ..kejap hujan kejap brenti..rehat jap kat masjid Kg Raja
12.40 tiba di Tanah Rata... lunch, cari souvenir skit untuk bawak balik.
tengahari sampai petang hujan tak brenti memang tak dapat nak bergambar sangat laa 😁
4.00pm ke pasar Cameron Highlands beli skit strawberry, jagung madu & petai ..alang2 datangkan.
5.00pm terus turun balik ke KL..hujan lebat sepanjang perjalanan ..sejuk weii takyah citer laa
banyak brenti di setiap R&R Plus highway.
11.00 malam alhamdulillah selamat sampai rumah.
nota:
jentera Honda Dash 125fi
speed dari KL ke Cameron Highlands maintain 100-120kmh
speed dari Cameron ke KL maintain 90-100kmh
petrol pergi balik - RM23



No comments:

Post a Comment

Solo ride & camping di Bagan Lalang Sepang

  Ride & Camping Pantai Bagan Lalang arini 3 sept 2022 wife keje, ank2 sibuk dgn aktiviti masing2 aku tak tau pe nk buat mggu ni kemas s...