Sekadar Catatan
03-05 Jun 2022
Hari Pertama 03 Jun 2022
2.30pm aku memulakan ride ke Besut Terengganu dari Bandar Sri Damansara KL
Jalan agak sibuk memandangkan musim cuti sekolah dah bermula & Isnin 06 Jun 2022 Cuti Umum Keputeraan Agong.
Sebelum Tol Bentong aku topup minyak ..aku tak suka tengok meter minyak dah separuh rasa macam risau jee
3.40pm aku tiba di Plaza Tol Karak. Rehat jap cuaca panas weii
4.25pm aku tiba di R& R Temerloh solat asar kat sini & makan2. R&R pun sesak jugak.
Sejam rehat 5.30 aku mulakan perjalanan lagi.
6.15pm topup minyak ka R&R Gambang.
Hujan lebat sebelum Tol Jabor...terpaksa slow skit ride.
Mula dari sini aku ride jalan pantai
7.15pm Rehat lagi kat Kg Sungai Ular Pahang sebelum Cherating. Topup lagi minyak
8.25mlm tiba di Kerteh Terengganu..solat jamak maghrib isya.
9.10mlm tiba di Rantau Abang Terengganu topup minyak lagi
10.20mlm aku tiba di Kuala Terengganu
Total minyak dari Sri Damansara ke Kuala Terengganu RM17.00
Speed layan 90 100 110
Hari Kedua 04 Jun 2022
9.00am aku bergerak ke Besut melalui Kg Batu 6, Kg Batu Rakit, Kg Penarik (pantai Penarik sesak boh) terus ke Kg Raja Besut.
11.00am aku tiba di rumah sepupu aku di Kg Raja Besut....kenduri kawin sepupu aku. Lama gak laa lepak sini.
2.30pm aku dah start beredar balik ke Kuala Terengganu. Sekali lagi aku lalau jalan pantai...perghhh Pantai Penarik lagi sesak dh macam depan KLCC sesak dia...tak best nk bergambar.
4.30 aku lepak kejap kat Pantai Tok Jembal lepas tu jumpa member solo rider kat Kg Losong. Lepas tu balik rehat tido..penat weiii
Hari Ketiga 05 Jun 2022
Lepas pekena nasi dagang kat kg Chendering topup minyak bagi full tank ..7.30am aku terus gerak balik KL.
10.00 aku sampai di Kemasik topup lagi minyak
10.30 lepak minum jap dengan member kemaman.
11.15 aku gerak lagi
12.32pm aku sampai di R&R Gambang..topup minyak lagi bagi full tank.
1.30pm sampai di R&R Temerloh..makan solat jap
2.30 terus gerak lagi
3.40 tiba di Tol Gombak ..rehat jap ..perbetul urat kata org terengganu
4.00 selamat sampai di Sri Damansara
Total minyak dari Kuala Terengganu ke Sri Damansara - RM17.50
speed 90 100-120kmj
Motor Honda Dash 125fi bagi aku bukan motor untuk kelajuan tapi lebih kepada santai mantai petai & paling jimat petrol. Full tank bleh dapat 147km dengan speed 100kmj
Lagi jauh ride lagi best enjin dia.
stakat ni masalah sakit belakang aku takde lagi sbb aku akan rehat 5 minit atau 10 minit setiap kali ride selama sejam.
Cuma buntut laa slalu sengal2 hahahaha
tu je catatan aku
Pantai Tok Jembal Kuala Nerus
No comments:
Post a Comment