Followers

Friday, 5 August 2022

Intro

 assalamualaikum

Sebelum aku mulakan posting berkaitan perjalanan aku bersama Honda Dash fi125
, kat sini aku post dulu intro blog ini.


Nama aku Madi. Aku berasal dari Kuala Terengganu. Kini aku menetap di Damansara & bekerja di Kuala Lumpur.


Gambar motor Yamaha Egos S ni adalah motor kedua aku. Sebelum ni aku guna Modenas Kriss 110 generasi kedua. Tu cerita lama masa tu tahun 1999 hingga 2005. Aku betul2 jaga motor Kriss aku, maklum la motor pertama aku.


2 tahun guna Kriss 110 lepas tu aku jual kat kawan, beriya dia nak motor tu sebab performance mmg best . Lepas tu takde motor dah.
2015 aku beli Yamaha Ego S, beli 2nd hand, harga kena tipu RM3k lebih owner kata tak pernah accident tapi bila aku check kat kedai motor ni pernah accident. Aku terbeli motor ni sebab terlalu percaya kat si penjual, maklum laa orang kaki masjid.


7 tahun guna Yamaha Ego S ni, banyak betul jasa motor ni
Sejak tahun lepas aku terpaksa hadap banyak kali kerosakan belt & pully. November 2021 aku terpaksa jual jugak Ego S & buyer pun dah beriya sangat nak amik motor nih. 😅Tahun ni aku decide sambar sbijik motor baru Honda Dash 125fi.

Aku bukan kaki motor & sebelum ni aku tak amik tahu pun pasal motor tapi tahun ni 2021 usia aku dah cecah 46 tahun, anak2 dah besar jadi aku rasa nak habiskan masa terluang aku dengan ride motor ke merata2 tempat.

InshaAllah aku nak jelajah semenanjung & Thailand dengan motor Honda Dash 125 ni.
Kenapa aku pilih motor Honda Dash 125fi ???


Jawapannya akan terjawab di posting2 aku seterusnya......tungguuuuu


#YamahaEgoS #myjourney #HondaDash125fi

No comments:

Post a Comment

Solo ride & camping di Bagan Lalang Sepang

  Ride & Camping Pantai Bagan Lalang arini 3 sept 2022 wife keje, ank2 sibuk dgn aktiviti masing2 aku tak tau pe nk buat mggu ni kemas s...