Followers

Sunday, 4 September 2022

Solo ride & camping di Bagan Lalang Sepang

 Ride & Camping Pantai Bagan Lalang

arini 3 sept 2022
wife keje, ank2 sibuk dgn aktiviti masing2
aku tak tau pe nk buat mggu ni
kemas skit barang, capai kunci motor 9.00am terus solo ride ke Pantai Bagan Lalang Sepang Selangor
10.55 aku tiba di Pantai Bagan Lalang
Lepak jap pasang khemah rehatkan minda sambil layan bunyi air laut
Mendamaikan jiwa kata orang Kuala Nerus.
So layan laaa lepak sini sampai ke petang.
4.00pm kemas barang balik ke Damansara
Malam ni kena amik bini balik keje plak 😁
Ride santai cuaca mendung sejuk

Sunday, 28 August 2022

couple ride to Cameron Highland

 sabtu 27 Ogos 2022

Couple Ride.
Plan asal aku nak solo ride jelajah Johor. Kebetulan wife aku cuti hari ni terus dia ajak ride ke Cameron Highlands.
Aku dah mula serba salah...takan nak kensel plan aku yang beberapa kali dah tertangguh. Tapi aku pikir balik walaupun beras aku beli tapi yang masak nasi tu bini aku.
Aku kensel nak solo ride ke Johor aku couple ride ke Cameron Highlands.
Biasanya aku ride lalu jalan dalam tapi kali ni aku ride 100% guna highway sebab risau bini aku penat & tengok forecast pun nampak cuaca tak berapa elok.
So bermula laa trip kami.
7.00am sarapan dulu kat Sri Damansara KL kedai tak jauh dari rumah.
7.40am mula ride
8.30am tiba di R&R Tg Malim - Rehat 15 minit
9.30am tiba di R&R Tapah - Rehat hampir sejam topup petrol makan minum betulkan urat saraf 🫢
11.05am tiba di exit Simpang Pulai terus panjat Cameron Highlands hujan dah rintik2
12.00 tghari tiba di Kg Raja hujan renyai2 ..kejap hujan kejap brenti..rehat jap kat masjid Kg Raja
12.40 tiba di Tanah Rata... lunch, cari souvenir skit untuk bawak balik.
tengahari sampai petang hujan tak brenti memang tak dapat nak bergambar sangat laa 😁
4.00pm ke pasar Cameron Highlands beli skit strawberry, jagung madu & petai ..alang2 datangkan.
5.00pm terus turun balik ke KL..hujan lebat sepanjang perjalanan ..sejuk weii takyah citer laa
banyak brenti di setiap R&R Plus highway.
11.00 malam alhamdulillah selamat sampai rumah.
nota:
jentera Honda Dash 125fi
speed dari KL ke Cameron Highlands maintain 100-120kmh
speed dari Cameron ke KL maintain 90-100kmh
petrol pergi balik - RM23



Friday, 5 August 2022

Solo Ride KL-Bentong-Raub-Fraser Hill-Kuala Kubu Bharu-KL

31 Julai 2022

Bermula dari Damansara KL melalui MRR2 terus ke Tol Gombak, Tol Bentong. Exit lepas Tol Bentong terus ke Pekan Bentong & Pekan Raub melalui jalan dalam.
Rehat jap di Pekan Raub berpatah balik ke simpang ke Fraser Hill
Terus ride dari Raub terus ke Fraser Hill....sunyi jalan ni sambil layan selekoh
Tiba di Fraser Hill terus turun ke Kuala Kubu Baru ..layan selekoh lagi.
Rehat jap di Kuala Kubu Baru pastu terus balik KL melalui Serendah, bypass Rawang masuk MRR2 smula terus ke Damansara KL





 

Solo Ride Ke Jerantut Pahang.

Sabtu 18 Jun 2022
Solo Ride ke Jerantut melalui jalan negeri (jalan dalam)
8.00am aku bertolak dari Bandar Sri Damansara melalui Selayang ~ Hulu Yam ~ Batang Kali ~ Goh Tong...masa ni rasa nak terus ke Genting Highland tapi pikir balik risau tak cukup masa .. lepas tu aku turun masuk highway Karak jap lepas tu masuk
Bukit Tinggi guna jalan kampung
Aku terus ke Bentong ..jalan teruk gila weiii hingga sampai ke Mempaga terus masuk ke laluan Felda Lakum
Aku teruskan lagi hingga sampai ke Pekan Lanchang.
12.10pm aku sampai di Temerloh. Rehat makan tengahari pastu solat zuhur.
2.00pm aku plan nak ke Tasik Bera. On google maps aku terus ride ke Tasik Bera melalui Kuala Kurau ~ Jengka 25 masuk plak Jengka 24. Lepas Jengka 24 google maps kata dh sampai Tasik Bera tapi aku tak nampak pun Tasik Bera tu.
Aku tanya orang kampung. Orang kampung kata Tasik Bera dekat Temerloh..so aku kena patah balik.
Dah laaa 2 jam aku ride dari Temerloh ke Jengka 24 takan aku nak patah balik ke Temerloh
Sekarang google maps dah reti tipu aku...jilake
Jarak Jengka 24 ke Jerantut cuma 36km...aku pun terus ride ke Jerantut. Dipertengahan jalan singgah Makam Pahlawan Melayu Allahyarham Mat Kilau. Singgah jap sedekah baca beberapa surah sedekahkan pada Allahyarham.
3.30pm aku bergerak ke Jerantut.
3.50pm sampai di Jerantut Pahang.
Solat jap di Masjid Jerantut pastu pukul 5.00pm bergerak balik KL melalui LPT. Tapi nak sampai LPT kena patah balik ke Temerloh. Mungkin aku salah jalan kot.
6.45 sampai di Lanchang. Makan solat.
7.40 sambung ride
8.15mlm hujan lebat sebelum Tol Gombak...redah hujan sampai Bandar Sri Damansara.











 

Solo Ride & Ziarah ke Kuala Pilah Negeri Sembilan

Catatan Ride 11 Jun 2022

8.00am start ride dari Damansara KL melalui Penchala Jln Kuching, Jln Tun Razak terus ke Highway PLUS...cuaca mendung
8.40am rehat di R&R Nilai...hujan dah mula turun
9.20am sambung ride ..redah hujan
10.15am sampai exit Seremban terus masuk ke Paroi, Ulu Bendul, Kuala Pilah.
11.05 sampai di Kuala Pilah terus ke rumah ustaz Zul...dah janji nk singgah rumah ustaz.
ustaz jamu mee goreng sdap weii sambil masing2 berkongsi pengalaman & laluan solo ride.
Lepas solat zuhur sambung lagi pengalaman solo ride.
2.00pm ustaz belanja 2 batang lemang & 2 bekas rendang itik ☺️☺️
2.30 aku mula gerak balik KL ...redah hujan lagi
sepanjang perjalanan banyak berhenti ...tak tahan sejuk weii 🥹
5.30pm alhamdulillah sampai dah Damansara
jentera: Honda Dash 125fi
petrol: RM7






 

Solo Ride ke Besut Terengganu (Ke Majlis Kenduri)

Sekadar Catatan

03-05 Jun 2022
Hari Pertama 03 Jun 2022
2.30pm aku memulakan ride ke Besut Terengganu dari Bandar Sri Damansara KL
Jalan agak sibuk memandangkan musim cuti sekolah dah bermula & Isnin 06 Jun 2022 Cuti Umum Keputeraan Agong.
Sebelum Tol Bentong aku topup minyak ..aku tak suka tengok meter minyak dah separuh rasa macam risau jee
3.40pm aku tiba di Plaza Tol Karak. Rehat jap cuaca panas weii
4.25pm aku tiba di R& R Temerloh solat asar kat sini & makan2. R&R pun sesak jugak.
Sejam rehat 5.30 aku mulakan perjalanan lagi.
6.15pm topup minyak ka R&R Gambang.
Hujan lebat sebelum Tol Jabor...terpaksa slow skit ride.
Mula dari sini aku ride jalan pantai
7.15pm Rehat lagi kat Kg Sungai Ular Pahang sebelum Cherating. Topup lagi minyak
8.25mlm tiba di Kerteh Terengganu..solat jamak maghrib isya.
9.10mlm tiba di Rantau Abang Terengganu topup minyak lagi
10.20mlm aku tiba di Kuala Terengganu
Total minyak dari Sri Damansara ke Kuala Terengganu RM17.00
Speed layan 90 100 110
Hari Kedua 04 Jun 2022
9.00am aku bergerak ke Besut melalui Kg Batu 6, Kg Batu Rakit, Kg Penarik (pantai Penarik sesak boh) terus ke Kg Raja Besut.
11.00am aku tiba di rumah sepupu aku di Kg Raja Besut....kenduri kawin sepupu aku. Lama gak laa lepak sini.
2.30pm aku dah start beredar balik ke Kuala Terengganu. Sekali lagi aku lalau jalan pantai...perghhh Pantai Penarik lagi sesak dh macam depan KLCC sesak dia...tak best nk bergambar.
4.30 aku lepak kejap kat Pantai Tok Jembal lepas tu jumpa member solo rider kat Kg Losong. Lepas tu balik rehat tido..penat weiii
Hari Ketiga 05 Jun 2022
Lepas pekena nasi dagang kat kg Chendering topup minyak bagi full tank ..7.30am aku terus gerak balik KL.
10.00 aku sampai di Kemasik topup lagi minyak
10.30 lepak minum jap dengan member kemaman.
11.15 aku gerak lagi
12.32pm aku sampai di R&R Gambang..topup minyak lagi bagi full tank.
1.30pm sampai di R&R Temerloh..makan solat jap
2.30 terus gerak lagi
3.40 tiba di Tol Gombak ..rehat jap ..perbetul urat kata org terengganu
4.00 selamat sampai di Sri Damansara
Total minyak dari Kuala Terengganu ke Sri Damansara - RM17.50
speed 90 100-120kmj
Motor Honda Dash 125fi bagi aku bukan motor untuk kelajuan tapi lebih kepada santai mantai petai & paling jimat petrol. Full tank bleh dapat 147km dengan speed 100kmj
Lagi jauh ride lagi best enjin dia.
stakat ni masalah sakit belakang aku takde lagi sbb aku akan rehat 5 minit atau 10 minit setiap kali ride selama sejam.
Cuma buntut laa slalu sengal2 hahahaha
tu je catatan aku







                                                   Pantai Tok Jembal Kuala Nerus

Solo Ride & Ziarah Kedah Penang

14 & 15 Mei 2023
14 Mei 2022
3.15 pagi bergerak dari Bandar Sri Damansara
3.50 pagi rehat di R&R Tg Malim
4.00 pagi teruskan perjalanan
4.50 pagi tiba R&R Tapah..lepak minum teh & solat subuh
6.15 pagi teruskan lagi perjalanan
7.15 pagi tiba di R&R Sungai Perak
7.30 pagi teruskan perjalanan
8.15 pagi tiba R&R Alor Pongsu.
8.30 pagi teruskan perjalanan
10.20 pagi tiba di Sungai Petani Kedah
Rehat jap sarapan pagi
11.00 pagi bergerak ke Tg Dawai rumah mak sdara..borak2 makan tengari
2.00 petang teruskan perjalanan ke Sik melalui Yan Besar, Yan Kecil, Guar Chempedak, Gurun.
4.10 petang tiba di Sik singgah solat jap.
4.30 bergerak ke rumah kawan di Kg Chepir Sik Kedah.
7.00 petang berpatah balik ke Sungai Petani
Tido 1 malam di Sungai Petani.
15 Mei 2022
11.00 pagi bergerak ke Relau Penang melalui Butterworh, Jambatan Pulau Pinang, Bayan Baru terus tiba di Relau.
Ziarah sahabat di Relau ...kira beraya laa
3.30 petang mula bergerak balik ke KL melalui jambatan Penang kedua.
4.30 petang masuk lebuhraya PLUS.
Topup petrol di Hentian Alor Pongsu, Hentian Tapah, Hentian Behrang
10.20 malam tiba di Bandar Sri Damansara KL.
Jentera: Honda Dash 125fi
Petrol: RM42 pergi balik










 

Solo ride & camping di Bagan Lalang Sepang

  Ride & Camping Pantai Bagan Lalang arini 3 sept 2022 wife keje, ank2 sibuk dgn aktiviti masing2 aku tak tau pe nk buat mggu ni kemas s...